Tentang Pusat Rawatan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah ,segala puji dan syukur kapada ALLAH SWT ,salam dan salawat kepada nabi yang dikasihi,Muhammad Rasullullah saw.Dapatlah kami siapkan laman web ini,agar masyarakat dan bagi mereka yang berminat pelajar perubatan islam dan alternatif ada wadah yang betul dan tidak melanggar syariat  .Kami  menyediakan Khidmat Rawatan Alternatif, Kursus-kursus beladiri Tenaga Dalam serta Kursus Kaedah Rawatan Alternatif seperti rawatan perubatan Islam, rawatan penyakit kronik, rawatan penyakit misteri, gangguan makhluk halus, rawatan tradisional dan juga rawatan secara jarak jauh yang InsyaAllah telah terbukti  keberkesanannya sehingga kini. Semoga segala ilmu yang bakal dipelajari dan diperolehi ini akan memberi manfaat yang sebaiknya dalam menyuluh segala kelemahan dan kekurangan diri sendiri serta dapat mendorong diri kita untuk beribadah kepada Allah S.W.T serta mentaati segala suruhan dan laranganNya. InsyaAllah natijahnya nanti akan memberi kebaikan terhadap kehidupan, kesihatan, beladiri dan dapat pula menyelesaikan segala permasalahan seharian diri kita, keluarga, masyarakat dan negara.

orang-cakra

Asal Usul Tenaga Dalam

Tenaga Dalam telah wujud sejak dari dahulu kala dan terus mengalami pembangunan dari masa ke semasa. Namun pada waktu dahulu, ianya diajar secara tertutup atau persendirian dan diajar melalui Pesantren-Pesantren (Sekolah Pondok Islam) kerana di masa dahulu tidak diajar secara terbuka dan ilmu ini rahsia lagi dirahsiakan dan berkaitan dengan kerohanian Islam. Namun sekarang ia bukanlah lagi begitu rahsia dan sangat mudah dipelajari sekalipun orang cacat atau kanak-kanak. Orang bukan Islam juga berpeluang mempelajari ilmu ini.

Kelebihan Tenaga Dalam dan Siapa Patut Mempelajarinya?

Keunikan Tenaga Dalam ini ialah kita dapat menahan serangan musuh supaya musuh tidak sempat bertindak malahan kita boleh pula membuat pukulan jarak jauh hingga musuh tercampak dan tanpa kita perlu menyentuhnya. Dengan mempelajari Tenaga Dalam ini, dengan izin Allah SWT, kita dapat melindungi harta-benda seperti rumah, melindungi seseorang dari perbuatan jenayah seperti seluk saku, ragut, rompakan dan rogol. Kaedah ini boleh dibuat secara dekat ataupun jauh seperti kita sedang outstation keluar ke bandar  ataupun ke luar negara. Kaedah masih terus berkesan walaupun kita sedang tidur ataupun kita sedang dalam posisi tidak tahu yang musuh akan melakukan jenayah. Tidak seperti seni mempertahankan diri (Martial Arts), membangkitkan Tenaga Dalam tidak memerlukan masa bertahun-tahun untuk dipelajari tetapi hanya waktu yang sangat singkat iaitu 20 minit pertama atau 1-2 minggu sahaja dan anda terus boleh menggunakannya. Walau siapa anda dan di mana anda bekerja, Tenaga Dalam ini sangat berguna kepada anda semua untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan, keselamatan dan boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Kita akan mendapat keyakinan diri yang tinggi (self-confident) dan boleh mengelakkan orang bertindak jahat terhadap kita.


Misteri Tenaga Dalam

Tenaga dalam merupakan tenaga yang berasal dari dalam badan di mana ia tersimpan atau mengeram dalam diri manusia. Pada peringkat asas tenaga dalam, kaedah pernafasan digunakan manakala pada peringkat lanjutan tenaga dalam itu diproses secara rohani. Setiap manusia mempunyai  tenaga dalam cuma kita tidak mampu untuk mengaktifkannya kerana tenaga itu sendiri bersifat “tertidur” dan akan bangkit secara tidak sengaja apabila bahaya mula menghampiri kita. Contohnya seorang ibu mampu mengangkat almari yang berat apabila terdapat api atau seseorang itu mampu melompat ke atas tembok yang tinggi apabila anjing mengejarnya. Selain itu terdapat sebuah kisah benar di mana seorang nenek yang berumur 60 tahun mampu mengangkat sebuah kereta untuk menyelamatkan cucunya.
Manusia sering tertanya-tanya apakah tenaga yang dikeluarkan oleh badan? Mari kita renungkan  akan alam sekitar di sekeliling kita di mana semua benda hidup mempunyai medan elektromegnetik seperti struktur-struktur benda. Sains barat terpaksa mengakui kewujudan tenaga ini meskipun ia tidak dapat ditimbang atau diukur. Tubuh manusia itu sendiri merupakan pusat tenaga dan kita mempunyai bukti untuk menyokong fakta ini.
Sebagai contoh darjah kepanasan yang dapat diukur melalui termometer, gelombang frekuensi fikiran dapat diukur melalui ECG. Sistem  meridian akupuntur yang mampu menguatkan organ badan dan otot-otot tubuh boleh diukur menggunakan voltmeter. Jantung kita memberikan tindak balas kepada tenaga elektrik yang dikeluarkan oleh electrocardiograms. Saintis telah  merumuskan bahawa gelombang elektrik, suhu, bunyi dan cahaya membentuk medan tenaga yang terhasil di sekeliling kita mempunyai frekuensi yang sama sebagaimana gelombang yang dihasilkan oleh tubuh manusia. Ini membuktikan badan manusia bukan hanya sekadar badan namun ia bertindak sebagai tenaga elektromagnetik yang dinamik di mana ia juga dikenali sebagai AURA.

MEDAN PELINDUNG..

Jika kita merujuk kepada kamus,AURA bermaksud sesuatu perasaan,udara atau atmosfera. Aura berasal dari perkataan Greek dimana ia bermaksud hembusan.tenaga merupakan daya hidup yang berfungsi secara bawah sedar.sebagaimana yang kita tahu, badan mengandungi air dimana air berfungsi sebagai medium pengalir cas elektrik dalam badan.

Aura manusia merupakan medan tenaga yang mengelilingi badan manusia itu sendiri dimana  sifat tenaga tersebut begitu halus mengelilingi badan manusia tersebut. ia seolah-olah seperti medan magnetik yang mengelilingi sebuah magnet ringkas. Seperti jua sebuah medan magnet,penghasilan aura dapat diumpamakan seperti benda fizikal dimana ia dipengaruhi oleh keadaan sekeliling. Tenaga yang merentasi medan aura menunjukkan keadaan diri kita dimana dapat disimpulkan aura sebagai diri kita dan hidup kita dicorakkan berdasarkan keadaan sekeliling dan gaya hidup seharian. Aura menggambarkan aktiviti yang dimainkan oleh organ,kesihatan,minda dan keadaan emosi. Kekuatan sesuatu aura ditentukan oleh jumlah dan kuantiti tenaga yang diterima.semakin besar daya yang dikenakan pada medan aura ,semakin banyak tenaga pada aura itu..

Seperti yang kita tahu,bumi dilindungi oleh lapisan langit seperti atmosfera,ionosfera dan lain-lain untuk melindungi bumi. Contohnya,apabila meteor ingin  menghentam  bumi ,meteor tersebut harus melalui lapisan yang terdapat di bumi dimana meteor tersebut akan terbakar sebelum sampai ke bumi.sejak ribuan juta tahun dahulu,molekul yang terdapat pada atmosfera telah menyelamatkan hidupan di bumi. Ini merupakan suatu contoh yang mampu dilihat dimana suatu hidupan akan cuba melindungi dirinya sendiri apabila terdapat unsur yang ingin merosakkan dirinya.

Tuhan telah menciptakan aura untuk melindungi manusia daripada benda  yang boleh mengancam kita dimana ia menjadi lapisan pelindung yang mengelilingi badan manusia. Aura wujud dalam 7 lapisan. Lapisan pertama aura dikenali sebagai lapisan eterik dimana kedudukannya sangat dekat dengan badan  dan boleh diumpamakan sebagai kulit kedua dimana lapisan ini mengandungi lapisan yang melindungi kita daripada sebarang bentuk serangan musuh dan sangat penting dalam Perlatihan Tenaga Dalam.

Lapisan kedua pula dikenali sebagai badan emosi dimana ia sangat berkait rapat dengan emosi. Lapisan ketiga pula dikenali sebagai lapisan mental dimana ia sangat berkait rapat dengan pemikiran dan idea. Disinilah segala idea dan pemikiran dijelmakan kepada bentuk konkrit. Lapisan aura keempat dikenali sebagai lapisan astral dan boleh dibhagikan kepada 2 bahagian iaitu lapisan fizikal dan lapisan lapisan yang lebih tinggi. Ia berperanan sebagai medium komunikasi antara manusia dalam erti kata yang lebih mudah cinta dan perhubungan  serta ikatan emosi terbentuk pada lapisan ini. Lapisan aura yang kelima juga dikenali sebagai lapisan “pantulan” dimana keadaan ini merupakan suatu “bayangan” pada peringkat yang lebih tinggi dimana dalam bahasa yang lebih mudah ia merupakan kunci kepada salinan kepada tubuh badan yang sebenar. Lapisan keenam dikenali sebagai lapisan kedamaian dimana ia menyimapan emosi cinta dan kepercayaan. Lapisan ketujuh dikenali sebagai salinan Ketheric juga dikenali sebagai tubuh sebab dan akibat dan merupakan  lapisan mental yang mengandungi tahap rohani. Melalui lapisan ini juga dikatakan seseorang telah bersatu dengan roh.

Pernafasan dan tenaga dalam.

Pernafasan merupakan aspek yang terpenting dalam hidup seseorang insan. Ia sebagai mengatur  detakan jantung dan juga aliran pernafasan yang baik.  Ia merupakan suatu aspek yang sangat penting untuk dikaji bagaimana pernafasan diatur supaya kita mampu menyerap tenaga prana yang cukup daripada udara. Latihan menarik nafas dengan dalam menambahkan keperluan pengambilan 88 pound oksigen sehari dimana fungsi pengambilan oksigen dalam kehidupan ialah sebagai proses pembersihan.

Hemoglobin merupakan elemen merah  yang berada dalam darah  merupakan sejenis ion besi yang mempunyai daya tarikan magnetik. Besi merupakan ion positif manakala oksigen pula merupakan ion negatif. Semasa latihan, pernafasan memampatkan dada dimana jumlah oksigen di dalam paru-paru menjadi kurang dalam masa yang sama metabolisme terus diaktifkan . maka kestabilan metabolisme akan terjejas kerana kekurangan oksigen (MPO). Jadi untuk mengatasi masalah  MPO, kandungan hemoglobon dalam darah harus ditingkatkan begitu juga dengan ion positif dalam medan magnetik. Maka aliran elektromagnetik akan meningkat di dalam badan begitu juga aura akan bertambah besar dan kuat dan inilah yang dikenali sebagai tenaga dalam.

Jadi bagaimana dengan pernafasan musuh yang berada dalam keadaan yang marah? Mereka akan bernafas dalam keadaan yang cepat dan pendek dimana ia akan mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi. Ini akan menyebabkan muka menjadi merah  tetapi mereka yang berada dalam keadaan yang marah mempunyai gelombang otak  yang tidak stabil maka ini akan mengakibatkan proses pernafasan turut terganggu. Namun dalam keadaan ini  daya elektromagnet pada badan musuhmenjadi semakin besar  daripada biasa dan ini menyebabkan apabila dia menyerang kamu dia akan terpelanting dengan jarak yang lebih jauh daripada manusia.

Berdasarkan prinsip sebab dan akibat,semakin besar emosi  mereka yang menyerang semakin jauh mereka akan terpelanting meskipun mereka tidak menyentuh kamu. Pola  magnetik yang berkutub positif dalam badan seseorang yang telah menyelesaikan latihan pernafasan akan bertemu dengan pola magnetik badan penyerang yang mana akan menyebabkan penyerang terpelanting berdasarkan konsep sebab dan akibat. Ini berdasarkan konsep sains yang menyatakan bahawa apabila 2 kutub yang sama didekatkan maka kedua-dua  akan menjauhi antara satu sama lain. Namun persoalannya ialah mengapa mereka yang telah menjalani olah pernafasan tidak tutur terpelanting? Ini adalah kerana  mereka telah berada dalam keadaan yang stabil manakala penyerang berada dalam keadaan yang marah dan emosi  yang tidak menentu  maka hanya penyerang yang akan terpelanting

Secara jujurnya membaling seseorang ketika diserang masih menjadi persoalan yang masih belum dapat dijawab  meskipun saya cuba menghuraikannya dalam bentuk yang mudah untuk difahami namun saya tetap merasakan masih terdapat begitu banyak misteri yang belum dapat dirungkai disebabkan kedangkalan pengetahuan dan kekurangan bahan pembacaan yang berkaitan tentang misteri ini.

BAGAIMANA TENAGA INI DIOLAH

Rahsia yang paling penting ialah dengan menggunakan teknik pernafasan yang teratur dan berdisiplin. Apabila pernafasan kita dilatih dengan teratur dan sempurna maka ia akan membentuk lapisan – lapisan sekitar tubuh kita. Lapisan tersebut dinamakan lapisan aura. Tebal atau nipisnya aura bergantung kepada amalan dan latihan seseorang tersebut. Prinsip pernafasan yang teratur dan berdisiplin akan membantu membuka pintu tenaga masuk dan mengembangkannya.

Minda Bawah Sedar ialah sebagai minda kreatif, dimana setiap arahan dari minda sedar anda akan diprogram serta diproses dalam benak minda dalam kita.Minda sedar akan memberi fakta dan minda bawah sedar akan memprosesnya. Apabila kita dapat menguasai minda bawah sedar ini, kita boleh menggunakan minda bawah sedar ini kepada pelbagai bidang untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan. Banyak dari kita tidak kisah perkara ini. Apa yang anda belajar ini merupakan ilmu yang cukup hebat. Ia merupakan rahsia kejayaan, kepada usahawan dan golongan intelektual.

Minda bawah sedar ini sedia menerima apa sahaja gagasan dari anda. Ia berkhidmat 24 jam sehingga anda mati. Sebab itu, latihan yang kami beri ini amat bermanfaat kepada anda. Ia merupakan kaedah untuk mencapai sebarang hajat atau objektif anda seperti kekayaan, kesihatan yang baik , kebahagiaan, pekerjaan yang sempurna dan lain – lain.

Minda bawah sedar merupakan alam yang berfungsi untuk menghasilkan suatu kekuatan daripada kepintaran alam yang tidak terhad ini untuk mewujudkan dengan sengaja objektif yang kita mahukan. Ia melibatkan unsur – unsur akal fikiran sedar, emosi dan keyakinan diri kita. Minda bawah sedar perlu diserap dengan unsur positif sepanjang masa., jika tidak dilakukan ia maka unsur lain akan masuk dan menguasai minda bawah sedar kita. Kunci untuk menguasai minda bawah sedar adalah terletak pada diri kita. Jika kita mampu menguasainya kita akan berjaya.

Minda sedar Cuma boleh berfungsi untuk memikirkan perkara yang berlaku dalam keadaan sedar sahaja seperti membaca, menulis, bercakap atau tindakan dalam keadaan sedar. Tetapi minda bawah sedar boleh menjangkau jauh sehingga ke alam ghaib. Inilah kehebatan kejadian Tuhan pada manusia. Latihan ini cukup penting dan merupakan kunci kepada ilmu yang amat tinggi nilainya ini. Ia tidak diajar secara terbuka malah masih disembunyi oleh sesetengah pihak. Pihak kami akan terus memberitahu bahawa ilmu ini amat penting untuk dihayati.

Aura dapat dilemahkan dengan:
1. Pemakanan yang tidak baik
2. Kurang bersenam
3. Kurang mendapat udara bersih, merokok.
4. Kurang rehat.
5. Tekanan atau stress
6. Dadah / alkohol
7. Tabiat yang kurang baik – Kesedaran haiwani yang menguasai diri.

Kita semua pernah berasa pincang atau keletihan bila berdepan dengan seseorang. Anda mungkin telah bercakap dengan seseorang melalui telefon atau berdepan dengannya, dan bila anda sudah habis bercakap, anda merasa keletihan. Perut anda berasa amat sakit dan sebagainya. Apa yang anda alami adalah tenaga yang kehabisan.

Sesetengah individu menyerap tenaga daripada seseorang. Kebanyakan perkara ini berlaku kerana individu yang terlibat tidak menyedarinya. Dalam banyak kes, mereka menggunakan tenaga anda untuk menambah tenaga mereka dari mereka membina tenaga mereka sendiri. Apa yang mereka sedari adalah apabila mereka selesai bercakap dengan anda, mereka berasa lega. Mereka tiada hak untuk mengambil tenaga anda. Bagaimana pun, anda sepatutnya tidak membenarkannya.

Ini tidak bermakna yang anda patut menyalahkan mereka menjadi seperti puntianak atau mengatakan yang anda tidak mahu bercakap dengan mereka lagi kerana mereka telah menyedut tenaga anda. Jika anda berbuat demikian, mereka akan berfikir yang anda tidak mahu lagi berkawan dengan mereka. Dalam kes tersebut, masalah anda akan selesai kerana mereka tidak mahu lagi berjumpa dengan anda. Kebanyakan manusia tidak dapat menerima tentang tenaga ini dan anda harus ingat bila berhadapan dengan mereka.

Adalah lebih mudah dengan hanya memperbaiki keadaan tanpa berkata sepatah pun tentang kejadian tersebut. Anda boleh mengawal samada seseorang itu berkongsi tenaga dengan anda atau tidak. Satu cara yang paling mudah adalah dengan menutup saluran tenaga anda. Terdapat arus tenaga yang mengalir dalam badan kita dan mengelilingi badan kita melalui medan aura. Kita boleh menutupnya supaya tenaga anda hanya melalui medan aura anda sahaja. Anda dapat mencegah tenaga anda dari diambil dan anda dapat mencegah aura anda dari memasuki orang lain.

Anda silangkan kaki anda pada buku lali dan rapatkan ibu jari dan jejari anda supaya bersentuhan. Ini dapat menutup aliran tenaga anda. Tenaga anda tidak akan dapat keluar dari badan anda.

Bila anda berjumpa dengan rakan anda yang dapat menyerap tenaga anda, lakukan seperti kelakuan di atas. Rehatkan tangan di atas pada riba anda, sentuh jejari anda dan silangkan buku lali anda. Ia adalah mudah dan tiada siapa yang mengesyaki anda. Anda juga boleh melakukan begini bila bercakap melalui telefon dengan mereka yang berkenaan.

Jika anda melakukan begini, anda akan mendapat kenyataan dari beberapa sahabat anda iaitu anda akan mendengar beberapa komen seperti, “Anda tidaklah seperamah mana.” Anda masih boleh bercakap dengan mereka. Apa yang anda lakukan hanyalah tidak membenarkan mereka mengambil tenaga anda. Bila mereka tidak mendapat sesuatu yang tinggi dari kamu, mereka membuat kesimpulan yang sesuatu yang tidak kena telah berlaku.